SH@SYARMILAH SALLEH
LAHAD DATU: Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat ( KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat menyalurkan peruntukkan berjumlah lebih RM13 juta bagi menampung kos pengeoperasian sebanyak 38 buah Program Pemulihan Dalam Komuniti ( PPDK) yang beroperasi di seluruh negeri Sabah tahun ini.
Menterinya, Dato Sri Hajah Nancy Binti Shukri berkata, peruntukkan Itu adalah untuk memastikan PPDK terus kekal beroperasi dan relevan dalam mendidik anak- anak istimewa.
” Kebanyakannya adalah tertumpu kepada aspek meningkatkan kebajikan serta kesejahteraan golongan istimewa ini,katanya ketika berucap merasmikan Program “My Special Got Talent” di sini pada khamis.
Teks ucapan beliau dibaca oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Puan Farah Adura Binti Hamidi.
Beliau berkata, Program My Special Got Talent bukan sekadar meraihkan bakat anak- anak istimewa tetapi juga meraikan semangat keberanian,kreativiti dan keunikan mereka.
Katanya,dalam dunia yang semakin maju,bakat dan keupayaan tidak lagi boleh diukur berdasarkan kekangan fizikal atau intelektual.
Sebaliknya kebolehan insan istimewa ini boleh diketengahkan menerusi program “My Special Got Talent” seumpamanya.
” Program My Special Got Talent” bukan hanya memberi mereka pentas untuk berkarya tetapi juga mrmbuka ruang kepada mereka untuk berkembang dan menyumbang kepada komuniti,katanya.
Program ‘My Special Got Talent’ merupakan inisiatif yang dianjurkan (KPWKM) sebagai sebahagian daripada pengisian Program Kembara Kasih KPWKM 2025 di Lahad Datu.
Sebanyak enam buah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) terlibat dalam zon Lahad Datu iaitu PPDK Harapan Kasih, PPDK Anjung Teduh, PPDK Desa Kencana, PPDK Kem Kabota, PPDK Felda Umas dan PPDK Bugaya.
TAMAT

