OLEH: SYARMILAH SALLEH
LAHAD DATU: 16 Mei – Bendahari UMNO Negeri Sabah,Datuk Seri Salleh Said berkata membela hak dan kepentingan Sabah bukanlah milik eksklusif mana-mana parti politik, sama ada tempatan mahupun nasional.
Bahkan Perjuangan hak Sabah adalah hak orang Sabah sendiri ia bukan milik UMNO semata-mata, bukan juga milik mana-mana parti tempatan,yang penting ialah suara rakyat Sabah yang bersatu dan lantang memperjuangkan hak mereka.
⁹Memang tidak wajar apabila ada pihak cuba memonopoli slogan atau naratif perjuangan hak Sabah sebagai milik mutlak parti tertentu sahaja.
“Saya ingin tegaskan soal isu memperjuangkan hak Sabah ini bukanlah hak mana-mana parti politik, sama ada parti nasional atau parti tempatan, ini adalah hak orang Sabah sendiri,orang Sabah perlu bersuara untuk kepentingan orang Sabah, jadi adalah salah kalau kita katakan bahawa perjuangan untuk Sabah ini hanya untuk parti-parti tempatan sahaja,” katanya.
Salleh berkata demikian kepada media selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Berkelompok Bahagian Lahad Datu di sini hari ini.
Katanya, memperjuangkan hak Sabah adalah orang Sabah, sehingga sekarang, pindàan telah dibuat bagi memasukkan MA63 dalam perlembagaan.
Ini adalah hasil dari perjuangan kerajaan Persekutuan dan juga orang-orang Sabah sendiri, katanya lagi.
Beliau turut menyatakan bahawa kerjasama antara Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan parti dalam gabungan ‘Plus’ perlu dilihat sebagai usaha bersama demi menjamin kestabilan politik dan kemajuan Sabah secara keseluruhan.
Gabungan itu, katanya terbuka kepada semua termasuk parti tempatan namun lebih utama ialah kepentingan rakyat dan pembangunan negeri.
TAMAT

