Beaufort, 17 September 2025 – Hujan berterusan sejak awal pagi menyebabkan beberapa penduduk di Kampung Bangkalalak dekat sini dipindahkan.
Kejadian tersebut dilaporkan kepada pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort sekitar jam 11:00 pagi, sebelum pasukan penyelamat digerakkan ke lokasi.
Pasukan dari BBP Beaufort yang terdiri daripada tiga (3) anggota dengan kekuatan satu jentera Lori Hicom telah digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 30 kilometer dan tiba pada jam 12:00 tengah hari.
Menurut Komander Operasi, PBK II Azrul bin Ab Rahman, sebaik tiba di lokasi, pihak bomba segera melaksanakan operasi pemindahan mangsa yang terjejas.
Seramai tujuh (7) mangsa dari dua (2) keluarga telah dikenal pasti terdiri daripada
Perempuan dewasa:(2 orang), Kanak-kanak lelaki( 3 orang), Kanak-kanak perempuan(2 orang)
Semua mangsa dilaporkan selamat dan telah berpindah ke rumah ahli keluarga terdekat sebagai langkah keselamatan.
Operasi penyelamatan disempurnakan dalam masa yang singkat dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 12:15 tengah hari.
Untuk maklumat lanjut, orang awam boleh menghubungi Ketua Balai BBP Beaufort, PPgB Ishak bin Jabas di talian 019-8997269.
Peringatan kepada orang ramai terutama penduduk di kawasan rendah dan berhampiran sungai agar sentiasa berwaspada dengan perubahan cuaca dan segera menghubungi pihak berkuasa sekiranya berlaku sebarang insiden kecemasan.
TAMAT

