sh@sabahheadlines
PENAMPANG, 7 Sept – Hujan lebat sejak jam 3.55 petang menyebabkan paras air Sungai Moyog naik ke 8.11 meter pada jam 7.59 malam, menghampiri paras amaran 8.5 meter sekali gus meningkatkan risiko banjir di daerah ini.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Penampang, paras air kini berada pada trend bahaya dengan bacaan normal ditetapkan pada 6.0m, waspada (7.0m), amaran (8.5m) dan bahaya (9.0m).
Pemantauan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mendapati:
Sungai Penampang Proper – 8.11m, masih boleh dilalui semua jenis kenderaan.
Sungai Babagon – paras betis, tidak boleh dilalui semua kenderaan.
Jambatan Pukakon Pomotodon – paras air meningkat, namun masih boleh dilalui.
Setakat ini, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka. Agensi penyelamat termasuk APM, bomba, polis, ATM dan PKOB berada dalam keadaan siap siaga.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut mengeluarkan amaran hujan berterusan di beberapa kawasan Sabah termasuk Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan (Tongod dan Telupid) serta Kudat sehingga jam 8 malam ini.
JPBD Penampang menegaskan keadaan semasa akan terus dipantau dan laporan dikemas kini dari masa ke semasa.
TAMAT