KOTA KINABALU (23 APRIL): Seramai lapan penyampai radio dan seorang penolong pengurus berjaya meletakkan papan tanda logo Radio Televisyen Sabah (RTM) di Gunung Kinabalu.
Kejayaan itu bersempena sambutan Ulang Tahun RTM ke-80 dan ia merupakan cetusan idea pengarah penyiaran Sabah, Mohd Yusni Mohamed Ali.
Dalam kenyataan media RTM Sabah di sini hari ini memberitahu, kejayaan itu merupakan detik bersejarah buat RTM.
Penyampai radio itu termasuklah empat penyampai daripada Sabahfm iaitu Aziyan, Raydwin, Kakaci dan Rafik, Wan (Sandakanfm), Peter SabahVfm, Clarie (Keningaufm) dan Wan J daripada Tawaufm.
Penolong pengurus yang turut serta adalah Sarina Ba’as Abdullah.
Kumoulan itu mendapat sokongan daripada Pengarah Bahagian Program Radio, Saifulzaman Yusop.
Papan tanda logo RTM itu diletakkan di kawasan Layang-Layang di gunung tersebut.
OLEH: WAWA
