MEMBAKUT AKTIFKAN PPS DEWAN MASYARAKAT BONGAWAN

sh@ editor

MEMBAKUT, 15 Sept – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Membakut hari ini mengisytiharkan pembukaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masyarakat Bongawan bagi menempatkan mangsa banjir yang rumah mereka tidak lagi selamat untuk didiami.

Pegawai Daerah Membakut merangkap Pengerusi JPBD, Tuan Ibrahim Terki berkata, PPS berkenaan diaktifkan pada jam 8.22 pagi selepas pemeriksaan mendapati terdapat kediaman penduduk terjejas akibat bencana banjir.

Beliau turut memaklumkan, semua agensi berkaitan telah diminta bersiap siaga bagi melaksanakan tindakan lanjut termasuk memastikan kebajikan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan itu terjamin.

TAMAT