Gambar keadaan banjir di Sabah baru-baru ini.
KOTA KINABALU, 21 Sept – Jumlah penduduk terjejas akibat bencana d terus menunjukkan trend penurunan.
Setakat jam 8 malan, hanya 95 orang masih berlindung di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan, angka itu melibatkan 23 ketua isi rumah dari daerah Penampang dan Papar.
Di Penampang, seramai 88 mangsa tanah runtuh masih ditempatkan di Dewan Kampung Gawir, Madsiang sejak dibuka pada 18 September lalu. Manakala di Papar, tujuh mangsa banjir kekal berada di Dewan Masyarakat Papar yang dibuka pada 15 September.
Sementara itu, jumlah korban akibat bencana di negeri ini kekal 14 orang, melibatkan insiden tanah runtuh di Penampang, Kota Kinabalu dan Papar selain seorang mangsa banjir di Keningau.
JPBN memaklumkan, pihaknya terus memantau perkembangan semasa di semua daerah terjejas dengan kerjasama Agensi Pertahanan Awam Malaysia, PKOB daerah serta agensi penyelamat lain.
TAMAT