sh@ editor
KOTA KINABALU, 29 Ogos โ Sebuah lori tiga tan yang membawa muatan pakaian dan beg musnah terbakar hampir 90 peratus dalam kejadian di Jalan Tun Fuad Stephen, berhadapan Jesselton Quay, di sini petang tadi.
Komander Operasi, PBK I Asama Sariddin memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3 petang sebelum menggerakkan sepasukan 10 anggota bersama sebuah jentera FRT, EMRS dan dua unit RIM dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu.
โSetibanya di lokasi, pasukan mendapati lori jenis Daihatsu tiga tan milik Tongโs Departmental Store Sdn Bhd sedang marak terbakar.
“Operasi pemadaman dilakukan menggunakan dua aliran Hose Reel dengan sumber air dari jentera bomba, katanya dalam satu kenyataan
Katanya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.27 petang dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.59 petang.
Bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden itu dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
Turut berada di lokasi ialah dua anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.
TAMAT