LKPIM LEBARKAN SAYAP KE SABAH

sh@jalie mohamad

SANDAKAN: 5 Jun – Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) terus memperkukuh peranannya dalam membantu golongan memerlukan melalui pelbagai inisiatif berteraskan kebajikan dan kemanusiaan.

Setiausaha Agung Kehormat LKPIM, Dr Wan Fauziah Meor Yahya berkata pertubuhan itu komited untuk memastikan tiada golongan terpinggir dengan mensasarkan golongan wanita di Sabah terbela melalui pertubuhan ini.

” Kita juga telah memdapatkan sebuah banglo untuk menempatkan golongan yang memerlukan. Ini adalah satu usaha kecil tetapi signifikan dalam memastikan kebajikan mereka terbela,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama LKPIM Cawangan Sandakan 2025, yang diadakan di salah sebuah hotel di sini

Selepas cawangan di Tawau beroperasi dan cawangan Sandakan adalah yang kedua diwujudkan yang dipengerusikan oleh seorang usahawan Rahimah Asrah.

Pengerusi LKPIM Cawangan Sandakan, Rahimah menzahirkan ucapan berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan dan berharap dapat melaksanakan pelbagai aktiviti kebajikan dan kesihatan, khususnya melibatkan kaum wanita Islam.

Selain inisiatif kediaman, LKPIM juga merancang pelbagai program berimpak tinggi seperti bantuan makanan, kelas bimbingan untuk anak-anak asnaf, serta perkhidmatan kesihatan percuma.

Ketika ini, LKPIM mempunyai lebih 22,000 ahli di seluruh negara, dengan dua cawangan aktif di Sabah iaitu Tawau dan Sandakan. Sebuah lagi cawangan berada di Wilayah Persekutuan Labuan.

TAMAT