SIPITANG, 25 Okt – Lima cedera termasuk seorang warga emas tersepit selepas dua kenderaan bertembung di Kampung Tunggul Tinggi, di sini petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.07 petang itu, kemalangan membabitkan sebuah kenderaan MPVdan krreta yang dinaiki lima mangsa.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sipitang diketuai PBK I Syahdennie Alidinsah bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 5.07 petang.
“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan melibatkan dua kenderaan dengan lima mangsa — dua dari kereta dan tiga dari kenderaan MPV.
“Tiga mangsa dari MPV Zberjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba dan telah dihantar ke Hospital Sipitang. Semua mereka dilaporkan cedera ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, seorang mangsa lelaki berusia 67 tahun yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu kereta berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba menggunakan peralatan khas.
“Mangsa diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut. Seorang lagi mangsa wanita turut cedera ringan,” katanya.
Operasi dikawal sepenuhnya pada jam 5.19 petang dan tamat sepenuhnya pada jam 6.38 petang selepas kerja-kerja pembersihan serpihan kemalangan dijalankan menggunakan hos reel bagi memastikan kawasan selamat.
Turut membantu operasi ialah tiga anggota perubatan KKM.
Untuk sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Ketua Balai BBP Sipitang, PPgB Calvin Joe Jeafery di talian 014-6509129.
TAMAT

