LAWATAN KERJA PENGARAH KDNKA PDRM KE ESSCOM

Lahad Datu, 20 Ogos 2025 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, CP Dato’ Sri Azmi bin Abu Kassim mengadakan lawatan kerja ke Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Lahad Datu, pagi tadi.

Ketibaan beliau disambut Komander ESSCOM, DCP Datuk Victor B Sanjos dan Timbalan Komander ESSCOM, Brigadier Jeneral Mohamad Ismail bin Kamarudin.

Dalam lawatan tersebut, Dato’ Sri Azmi diberi taklimat mengenai situasi keselamatan di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone) serta bertukar pandangan berkaitan pengukuhan koordinasi operasi bersama pasukan keselamatan.

Beliau turut meninjau kesiapsiagaan anggota keselamatan termasuk kawalan dan latihan di Pos Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Tabawan.

Turut hadir, barisan pegawai kanan PDRM, Pasukan Gerakan Udara, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin serta pegawai ESSCOM.

TAMAT