BATU SAPI: Iftar Madani Ramadan @ Batu Sapi menarik kira-kira 1000 umat islam menyertai program berbuka puasa beramai-ramai di Pasir Putih yang terletak kira-kira 6 kilometer dari pusat bandar Sandakan.
Iftar Madani @Batu Sapi menjadi salah satu acara budaya Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya untuk mengangkat budaya berbuka puasa di Sandakan.
Program yang kali kedua ini, telah diadakan di pusat bandar Sandakan pada tahun lepas dan tahun ini memilih Pantai Pasir Putih Jalan Batu Sapi sebagai lokasi kedua, dimana orang ramai boleh berbuka puasa bersama pemimpin dan rakyat secara terbuka dengan konsep duduk bersila dengan dijamu dengan pelbagai menu berbuka puasa.
Orang ramai mula memenuhi ruangan yang telah disediakan untuk orang ramai berbuka puasa dengan kehadiran Pendakwa terkenal, Ustaz Mohd Kazim Ilias yang membuka tirai dengan ceramah mengenai bulan Ramadan dan diringi lagu nasyid
Ahli Parlimen Batu Sapi, Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan menyifatkan program ini dapat mempromosikan budaya berbuka puasa beramai ramai dan juga menonjolkan makanan warisan.

