KONGRES MAMPU TINGKATSEMANGAT DAN KEYAKINAN

sh@ editor

BEAUFORT (24 JULAI): Kongres Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan) merupakan pentas terbaik bagi melengkapkan kesiapsiagaan hadapi pilihan raya.

Timbalan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Klias, Haji Mohd Jali Nordin berkata kongres itu juga berupaya mencetus semangat yang sedia ketahap yang tinggi.

“Kongres pada kali ini sudah tentu membawa makna besar kepada anggota parti bagi menghadapi PRN nanti,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kongres Gagasan Rakyat yang bermula Jumaat ini dan berakhir pada Ahad di Pusat Kovensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Mohd Jali berkata kongres itunoleh disifatkan sebagai pelengkap kepada kesiapsiagaan parti dalam menghadapi PRN.

Katanya ia merupakan pentas terbaik kepada anggota parti dalam memperolehi maklumat sebagai peningkat semangat.

“Seluruh bahagian sebenarnya sudah bersedia untuk menghadapi PRN tetapi kongres itu banti sebagai pelengkap kepada kita untuk lebih bersemangat.

“Tahap persediaan itu berada pada tahap yang terbaik tetapi saya yakin tahap keyakinan itu akan bertambah,” katanya lagi.

Beliau berkata amanat daripada presiden dan barisan kepimpinan parti pastinya ditunggu kerana ia mampu mencetuskan semangat tinggi untuk sentiasa berjuang demi rakyat negeri ini.

Tamat