sh@jalie mohamad
SANDAKAN: 4 September – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor pada Khamis lepas telah membuat tinjauan kerja ke Kampung Sibuga bagi melihat proses perkembangan projek pembangunan di kawasan ini.
Antara projek utama yang diberi perhatian ialah Pusat Islam Sandakan, yang kini telah mencapai 75 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2025.
Projek bernilai RM60 juta itu akan menjadi mercu tanda baharu bandar Sandakan serta memperkukuh syiar Islam di Sabah.
Walaupun berdepan kelewatan sejak tahun 2017 disebabkan pandemik COVID-19 dan perubahan politik, kerajaan negeri Sabah menegaskan komitmen penuh untuk menyiapkan projek tersebut demi manfaat rakyat.
Selain itu, kerajaan negeri turut mempercepatkan beberapa projek tertangguh lain, termasuk Projek Residensi Rakyat (PRR) Putera Kionsom, Inanam yang berjaya disiapkan selepas lebih 20 tahun.
Projek Tempat Letak Kereta Bertingkat Luyang yang siap dibina dengan kos RM2.2 juta.
Usaha ini mencerminkan kesungguhan kerajaan negeri Sabah di bawah pimpinan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dalam memastikan projek-projek pembangunan yang tertangguh dapat diteruskan dan diselesaikan demi meningkatkan kesejahteraan rakyat serta pembangunan infrastruktur negeri.
Tamat

