KES BUNUH DI LAHAD DATU – DUA INDIVIDU DIDAKWA

sh@ Syamilah Salleh

LAHAD DATU: 11 Julai – Dua individu warga asing, masing-masing lelaki dan perempuan berumur 29 tahun, telah didakwa berhubung satu kes bunuh yang berlaku di kawasan ladang sawit, Kg. Ulu Segangan, Silabukan, Lahad Datu.

Lelaki terbabit, Leveboy Andagan Arcadenia, dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala pasangannya, Rebecca Saga, dituduh di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen sah.

Pertuduhan dibacakan Pegawai Pendakwa Inspektor Sitti Zubaeda Binti Haji M.Kasim di hadapan Majistret Nur Asyraf Bin Zolhani.pada 11 Julai 2025 jam 1130 pagi melalui sidang Zoom di Mahkamah Majistret Lahad Datu.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 14 Julai 2025 (Akta Imigresen) dan 3 September 2025 bagi menunggu laporan Kimia dan Bedah Siasat. Kes disiasat oleh ASP Suddin Bin Tjinke KBSJD IPD Lahad Datu.

TAMAT