Oleh: Jalie Mohamad dan Aleeya Villiamon
SANDAKAN : Karnival Aidilfitri Parlimen Sandakan menarik penguñjung dengan Jualan Rahmah Madani di Perkarangan Pasar Sim-Sim Sandakan.
Ahli Parlimennya, Vivian Wong berkata kampung Sim-sim bukan sekadar sebuah perkampungan nelayan, tetapi ia adalah lambang keutuhan warisan, keindahan budaya, dan kekuatan komuniti.
“Cabaran yang dihadapi dalam usaha membangunkan kampung sim-sim. Pelbagai usaha untuk menceriakan kampung nelayan dalam program karnival membuat sebuah tayangan filem pendek yang di Kampung sim-sim Sandakan untuk mengingatkan warga sim-sim untuk menjaga alam sekitar serta tempat yang kami gelar RUMAH.
Wakil rakyat Sandakan itu bertekad untuk terus memperjuangkan pembangunan kampung sim-sim agar penduduk mendapat kemudahan yang lebih baik, termasuk dalam aspek infrastruktur, pendidikan, dan peluang ekonomi.
Pada tahun lalu, kami berjaya memberikan sumbangan 30 laptop kepada murid lepasan SPM dan STPM yang berkeputusan baik. Pasukan kami juga membantu membaiki 4 jambatan yang rosak serta membantu ratusan keluarga yang telah memohon untuk bantuan kewangan dan bantuan pesakit.
Katanya pada tahun ini, akan meumumkan adanya hotel 3-4 bintang di pulau Berhala. Dengan usaha kerja anak muda menjadi “salesman” sandakan bagi membawa pelabur ke sandakan.
Selain itu, hotel four point yang telah menghentikan perkhidmatan, akan dibuka semula oleh kerana mempunyai pemilik baru.
Inilah titik permulaan sandakan menjadi hub ekonomi dan pelancongan.
Tamat
