ISNIN: PERKUKUH PERPADUAN

BEAUFORT (21 SEPTEMBER): Umat Islam disarankan agar menjadikan sambutan Maulidur Rasul ke arah memperkukuhkan perpaduan.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata perpaduan dan kerharmonian yang dinikmati perlu diperkembangkan kepada generasi akan datang.

“Sambutan Maulidur Rasul adalah ruang terbaik kepada kita bagi memperkukuhkan perpaduan dan persefahaman yang sedia ada.

“Ia bukan sahaja di kalangan umat Islam tetapi juga kepada penganut agama lain,” katanya ketika ditemui selepas sambutan Maulidur Rasul peringkat Kampung Rancangan Klias dekat sini hari ini.

Sambutan itu dirasmikan oleh Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Roslan Muharam.

Isnin memberitahu perpaduan yang kukuh mampu menghadirkan kestabilan politik di negeri ini.

Katanya dengan kestabilan politik, membolehkan kerajaan meneruskan perancangan pembangunan negeri ini.

“Kita memperoleh banyak manfaat menerusi perpaduan yang kukuh,” katanya lagi.

Tamat