sh@ Aleya Badhriesiah
SANDAKAN (11 OGOS): Jangan pandang remeh tugas yang dipertanggungjawabkan kepada anggota pasukan keselamatan.

Tugas yang dipetanggungjawabkan kepada anggota keselamatan adalah tanggungjawab yang sepatutnya dihargai dan dihormati, kata Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan) Sungai Manila, Haji Hazem Mubarak Tun Musa di sini.
“Mereka merupakan anggota barisan hadapan dan melaksanakan tugas demi keamanan dan keharmonian negeri ini ” katanya di sini hari ini.
Hazem mengadakan perjumpaan dengan Pegawau Pemerintah Batalion PGA 20, Beluran, SUPT Mohd Yusoff Daud di ibu pejabat batalion itu di Batu 12 kawasan Sungai Manila.
Hazem pada pertemuan itu menzahirkan rasa penghargaan atas khidmat yang diberikan oleh batalion itu.
Katanya meskipun penugasan batalion itu di Belurab tetapi khidmat mereka sudah 10 tahun di kawasan Sungai Manila.
Menurutnya perjumpaan itu adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara pemimpin dengan anggota keselamatan.
“Kita (pemimpin) sentiasa menghargai khidmat anggota keselamatan,” katanya lagi.
Tamat

