SANDAKAN: Bukan mahu memihak kepada siapa-siapa tetapi hakikat tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Kesungguhan dan keazaman beliau untuk melakukan sesuatu yang terbaik untuk rakyat di kawasannya jelas terlihat dan inilah yang harus diperakui.
Sebelum dipilih sebagai calon oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Hazem Mubarak Musa sudahpun memperlihatkan kesungguhan dan keazamannya untuk rakyat di Sungai Manila.
Kehadirannya yang selalu mendekati dan meramahi rakyat Sungai Manila, membuatkan Hazem sentiasa dinanti dan ketika dia diumumkan sebagai calon, penduduk Sungai Manila mula mengukir senyuman. Pengumumannya sebagai calon bukan sahaja dinanti tetapi sememangnya diharapkan.
Sememangnya manusia itu tidak mudah diterima baik dan itulah juga yang dialami oleh Hazem. Biarpun calon muda GRS ini telah melakukan pelbagai usaha untuk membantu rakyat, ia tetap menjadi sasaran. Bukan hanya dikatakan menumpang populariti ayahnya malah Hazem juga dilabelkan sebagai ‘bukan anak jati’ Sungai Manila biarpun ayahnya pernah berkhidmat di kawasan itu dan Hazem bertemu jodoh di kawasan itu, Hazem sendiri membesar di Sungai Manila.
Tabik pemimpin muda ini. Biar dikritik dan difitnah, beliau memilih untuk tersenyum dan tidak membalas. Sebaliknya beliau fokus kepada usaha untuk memaju dan membangun Sungai Manila demi rakyat di kawasan itu.
Bukan hanya kepada infrastruktur, kemudahan asas tetapi usahanya itu turut terlihat kepada ekonomi dan juga pembangunan pendidikan. Pembangunan belia juga menjadi tumpuan kepada calon GRS ini.
Apa yang menarik pemimpin muda ini berjaya menyelesaikan masalah tanah yang dihadapi oleh penduduk kampung. Kejayaannya mendapatkan geran tanah untuk penduduk kampung merupakan salah satu kesungguhan dan keazaman yang dilakukan untuk penduduk kampung itu. Masalah itu bertahun ditunggu dan orang yang melontarkan isu ‘anak jati’ sendiri tidak melakukan sebarang usaha.
Lebih buruk bila orang yang melontarkan isu itu sendiri hanya muncul pada waktu pilihan raya ini. Sebelum ini, hanya membisu biarpun mendakwa kononnya hanya dia yang memahami apa yang dimahukan oleh rakyat.
Sebaliknya Hazem bukan sahaja memahami tetapi turut berusaha membantu rakyat di Sungai Manila.
Hakikat yang perlu diperakui bahawa Hazem telah mencetuskan fenomena baharu anak muda. Anak muda yang tidak banyak bercakap tetapi membuktikan menerusi usaha dan tindakan
Pastinya tidak rugi mengangkat pemimpin muda ini kerana segala khidmatnya kepada rakyat sudah dibuktikan.
Tahniah kepada Hazem dan teruslah berjuang di Sungai Manila demi rakyat.
Tamat
