GRS TETAP UTUH: HAJIJI

KOTA KINABALU (19 OKTOBER): Keputusan dua parti untuk keluar ianya tidak menggugat keutuhan Gabungan Parti Rakyat Sabah ( GRS).

Begitu juga dengan pelbagai tohmahan yang dilontarkan kepada GRS turut tidak menggoyahkan GRS, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

:”Tiada lagi gabungan sebesar GRS yang menyatupadukan parti lokal dengan matlamat memperjuangkan hak orang Sabah sebagai rakan kongsi dalam Malaysia,” katanya hari ini.

Hajiji melancarkan jentera pilihan raya GRS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini.

Katanya keputusan dua parti untuk keluar daripada gabungan tidak menjejaskan jekuatan dan perpaduan GRS.

“Rumah kita tidak tumbang kerana perjuangan ini berasaskan keikhlasan dan persahabatan tulen demi masa depan negeri Sabah,” katanya.

Katanya, hari ini menandakan permulaan perjuangan besar untuk memastikan GRS terus memimpin dengan kestabilan dan keyakinan.

Setiap jentera, katanya, harus turun ke setiap rumah dan nenyampaikan mesej perjuangan dan nemastikan suara GRS sampai ke setiap penjuru negeri ini.

“Jangan biarkan negeri kita kembali kr tangan mereka yang gagal mentadbir, tiada hala tuju jelas dan hanya berpolitik atas dasar dendam serta kepentingan peribadi.

“Jika kita bersatu tiada kekuatan yang mampu menggugat oerjuangan,” katanya lagi.

Tamat