EDITOR
KESEDIAAN GRS TANDING SOLO DISOKONG
BEAUFORT (11 MEI): Kesediaan Gagasan Rakyat (GRS) bertanding solo pada pilihan raya negeri mendapat sokongan.
Timbalan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Klias, Haji Jali Nordin berkata cadangan dan sokongan untuk bergerak solo telah disuarakan sewaktu konvensyen PGRS tahun lalu.

“Perkara ini sudah kita suarakan tetapi kita menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan parti,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata Gagasan Klias pastinya memberikan sokongan apabila pengerusi GRS Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Nor menyatakan kesediaan untuk bertanding solo pada pilihan raya nanti.
Katanya kesediaan GRS itu memperlihatkan kebijaksanaan kerana Sabah sewajarnya ditadbir dan diterajui oleh parti tempatan.
“Perjuangan kita ada perjuangan yang mengutamakan kepentingan rakyat dan perjuangan inilah yang akan kita teruskan,” katanya lagi.

