sh@ Aleya Badhriesiah
SANDAKAN (24 OGOS): Kemudahan sukan yang dinaik taraf dapat memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata kerajaan menerusi kementeriannya sentiasa berusaha memastikan penyediaan fasiliti dan kemudahan sukan yang bukan sahaja sesuai dan selesa tetapi berkualiti kepada masyarakat.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan penyerahan gelanggang tenis daerah sini Sabtu lalu.
Gelanggang itu telah dinaik taraf pada tahun lalu dengan kos sebanyak RM350 ribu dan pengurusan gelanggang itu akan diserahkan kepada Majlis Perbandaran Sandakan.
Hannah berkata pembinaan dan naik taraf bukan sahaja kepada kompleks sukan berskala besar tetapi juga kemudahan sukan berskala kecil seperti gelanggang futsal, gelanggang seba guna, padang bola sepak dan kemudahan lain.
Turut mengiringi lawatan kerja Menteri Belia dan Sukan itu, Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong.
Tamat

