EKONOMI SABAHTAHAP TERBAIK

sh@ editor

BEAUFORT (27 OGOS): Ekonomi negeri berkembang maju dan berada pada tahap yang terbaik.

Pembantu Menteri 1 Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bukan sahaja dapat memulihkan ekonomi negeri ini tetapi mampu membawanya ke tahap yang terbaik.

“Kejayaan ini juga membolehkan kerajaan menyediakan dan memberikan bantuan serta inisiatif untuk rakyat,” katanya di sini.

Isnin sebelum itu nerasmikan upacara pecah tanah Beaufort City Mall hari ini.

Beliau berkata perkembangan ekonomi negeri dan berada pada tahap yang terbaik telah menarik minat pelabur ke Sabah.

Tidak mungkin, katanya, pelabur mahu nembuat pelaburan di negeri ini jika ekonomi negeri tidak berada pada tahap yang terbaik.

Menurutnya pembinaan Beaufort City Mall juga membuktikan ekonomi negeri berada pada tahap yang terbaik.

Isnin memberitahu rakyat juga tidak mungkin dapat menikmati bantuan serta inisiatif seperti yang diberikan dan disediakan oleh kerajaan.

“Macam-nacam bantuan dan inisiatif yang dinikmati oleh rakyat dan ini dapat diadakan oleh kerajaan kerana ekonomi negeri pada tahap yang terbaik,” katanya lagi

Tamat