DUA LELAKI DITAHAN BERKAITAN KES GANGGUAN SEKSUAL DI LAHAD DATU

OLEH: SYARMILLAH SALLEH

LAHAD DATU : 22 Mei- Polis disini menahan dua lelaki warga asing kerana disyaki terlibat dalam kejadian mendatangkan kecederaan terhadap seorang peniaga lelaki di Kampung Epil, Lahad Datu pada 3 April lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Supt Jimmy Panyau berkata
kejadian itu dipercayai berpunca daripada kenyataan berunsur gangguan seksual yang dilemparkan suspek terhadap isteri mangsa.

Katanya, mangsa kemudiannya pergi bersemuka dengan suspek bagi menasihatinya, namun telah diserang dengan tali pinggang hingga cedera di bahagian dahi.

Hasil maklumat dan risikan, sepasukan polis daripada BSJD IPD Lahad Datu dan IPD Kunak telah menahan dua lelaki masing-masing berumur 31 tahun dan 34 tahun di Kampung Tanah Rata, Kunak kelmarin.

Menurut Jimmy, kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut

Tamat