CABANG SILAM BELUM TERIMA NOTIS RASMI PEMILIHAN SEMULA PKR

OLEH: SYARMILAH SALLEH

LAHAD DATU: Pihak Cabang Silam belum menerima sebarang notis rasmi daripadaJawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR berkaitan undian semula Cabang Silam, kata Ketua Cabang, Romansa Lamin.

“Setakat ini tiada apa-apa komen, pihak Cabang belum menerima apa-apa notis rasmi lagi,” katanya ringkas ketika diminta mengulas berkenaan sidang media Pengarah JPP PKR, Dr Zaliha Mustafa di Putrajaya berkaitan undian semula untuk tiga cabang iaitu Selayang, Jempol dan Silam sebelum Kongres Nasional bulan depan.

Sementara itu, Calon Cabang Silam, Mohd Syafiq Iqhmal Saharudin, 24, yang akur dengan keputusan pemilihan cabang sebelum ini menyambut baik pengundian semula terbabit dan bersedia pada bila-bila masa.

Bagaimanapun, beliau masih berharap agar tidak berlaku penyimpangan fakta seperti dilapor melalui sumber media baru-baru ini bahawa pengundian di Silam disebabkan salah seorang calon sudah meninggal dunia namun namanya masih tertera dalam sistem.

Tamat