BOT PUKAT DITAHAN LANGGAR SYARAT

OLEH: SYARMILAH SALLEH

LAHAD DATU (12 MEI):: Sebuah bot pukat jerut bilis ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim ( Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu selepas dikesan menangkap ikan kurang daripada 1.5 batu nautika dari daratan,semalam.

Pengarah Komander Maritim Dzulfikhar bin Ali memaklumkan dalam kejadian pada pukul11.45 pagi ,bot terbabit dikesan di perairan Pulau Tabawan,Kunak oleh pasukan rondaan Maritim Malaysia Zon Maritim Lahad Datu menerusi rondaan Op Pluto Timur2/20 dan OpTiris 3.0.

Dzulfikhar berkata, bot berkenaan ditahan pada kedudukan 0.4 batu nautika Utara Pulau Timbun Mata.

Hasil pemeriksaan mendapati bot Itu katanya dikendalikan seorang tekong warga Filipina bersama dua krew warganegara yang sama serta seorang krew tempatan masing- masing berusia 27 tahun hingga 39 tahun dan mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

” Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menjalankan aktiviti menangkap ikan terlalu dekat dengan daratan,katanya.

Bot dan semua krew ditunda ke jeti perikanan Lahad Datu untuk siasatan lanjut.

Maritim Malaysia katanya,akan terus mempergiat rondaan serta pemantauan dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang- undang perikanan.

Orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkaitan jenayah atau kecemasan di laut melalui aplikasi What’sApp Zon Maritim Lahad Datu di talian 016- 9305727 atau talian kecemasan 999.

TAMAT