OLEH-SYARMILAH SALLEH
LAHAD DATU: 24 April – Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) sedang giat membangunkan infrastruktur Sistem Simpanan Tenaga Bateri (BESS) berkapasiti 100 megawatt (MW) dengan keupayaan penyimpanan tenaga sebanyak 400 megawatt-jam (MWh),yang merupakan sistem penyimpanan tenaga bateri terbesar di Asia Tenggara.
Infrastuktur baharu disasar untuk menambah baik kecekapan bekalan elektrik di Pantai Timur Sabah dibangunkan di Lahad Datu.
Pengerusi SESB, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata pihak mereka berkerja keras untuk memastikan ia siap pada pertengahan tahun ini.
Dan pada masa yang sama katanya,, Sabah Electricity juga mahu mempertingkatkan lagi kerjasama, kolaborasi di antara SESB dan POIC.
Beliau ditemui media semasa lawatan ke terminal kontena Taman Perindustrian POIC Lahad Datu pada Khamis untuk melihat komponen BESS yang telah tiba di pelabuhan tersebut.
Menurut beliau keupayaan maksima BESS tersebut ialah kapasiti simpanan tenaga sebanyak 400MWj dan menambah projek ini akan dapat meningkatkan kestabilan kapasiti penjanaan di Grid Sabah, disamping menyumbang kepada kelestarian alam sekitar dan meningkatkan potensi kapasiti penjanaan tenaga boleh diperbaharui.
Lebih 403 kontena yang mengandungi bateri telah tiba secara berperingkat dan sedang dipunggah di pelabuhan kontena POIC Lahad Datu.
Hadir sama mengiringi lawatan itu, Pengerusi POIC, yang juga bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yong Teck Lee.
TAMAT

