ASR Nagamas anjur penutupan Pestabola Merdeka KASUMA 202

sh@ Syarmillah Salleh

LAHAD DATU, 1 Sept – Sukan merupakan medium penting bagi mencungkil bakat dan membina semangat kesukanan serta silaturrahim.

“Melalui pertandingan seperti ini, kita bukan sahaja mengejar kejuaraan tetapi juga melahirkan anak muda berpotensi yang suatu hari nanti bakal menjadi pemimpin dan mampu mentadbir Lahad Datu ke arah lebih baik,” kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Mohammad Yusof Haji Apdal ketika merasmikan penutupan Karnival Sukan Merdeka (KESUMA) Kejohanan Pesta Bola Merdeka di sini hari ini.

Sebanyak 32 pasukan menyertai kejohanan di padang bandaran, Jalan Tapika itu.

Sementara itu pengerusi penganjur, Ustaz Rahim berkata KASUMA 2025 merupakan kejohanan pestabola pertama seumpamanya di peringkat daerah Lahad Datu.

Beliau berkata bahawa Kelab Bola Sepak ASR Nagamas ditubuhkan pada Disember 2021 dan berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 3 September 2024 dengan tujuan melahirkan bakat bola sepak dalam kalangan belia tempatan.

Hadir sama pada majlis penutupan tersebut termasuk Irwan Iskandar (Pegawai Kementerian Belia dan Sukan Bahagian Pantai Timur Sabah), Ustaz Rahim Hj. Abdul Rahman (Presiden Kelab Bola Sepak ASR Nagamas merangkap Pengerusi KASUMA 2025), Azmeer Samsuddin (Timbalan Pengerusi Kelab Bola Sepak Lahad Datu) serta Muhammad Hj. Abdul Karim (Penaung bersama Kelab Bola Sepak ASR Nagamas).

TAMAT