APMM LAHAD DATU KOMITED UNTUK PERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA DARIPADA SEBARANG ANCAMAN.

LAHAD DATU: Penguatkuasaan Maritim MALAYSIA ( APMM) terus mengukuhkan strategik operasi serta memperkasakan sistem penguatkuasaan dan pemantauan di seluruh negara.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu,Komander Maritim, Dzulfikar Ali berkata,langkah itu bertujuan memastikan Zon Maritim Malaysia kekal selamat,sejahtera dan bebas daripada sebarang ancaman.

” Bagi memperkukuhkan kawalan maritim,APMM turut memperhebatkan kerjasama dengan pelbagai agensi dalam dan luar negara.Operasi bersepadu bersama PDRM,TLDM,Jabatan Kastam Diraja Malaysia,Jabatan Perikanan Malaysia serta agensi-agensi lain, katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan rondaan pemantauan titik panas di perairan Lahad Datu bersama Media sempena Dua Dekad Usia APMM pada Sabtu.

Sementara itu beliau memaklumkan dari tahun 2020 hingga 2024, Zon Maritim Lahad Datu telah melaksanakan lebih 34,049 pemeriksaan dan 3,427 penggeledahan ke atas pelbagai jenis vesel yang beroperasi di perairan negara.

Lebih 164 kes tangkapan berjaya direkodkan melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1959/63, Akta Kawalan Bekalan 1961, serta Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah.

Selain itu, lebih 12,000 individu telah diperiksa sepanjang tahun 2024, sebagai sebahagian daripada usaha pemantauan yang lebih ketat sebagai salah satu zon berisiko tinggi.

Langkah ini untuk memastikan Zon Maritim Malaysia kekal selamat, sejahtera, dan bebas dari sebarang ancaman.

Sebagai perisai utama negara di Perairan APMM memastikan keadaan aset di laut secara berterusan 24 jam sehari, 7 hari seminggu melalui rondaan dan operasi yang sistematik..

Dalam aspek kesiapsiagaan, APMM Zon Maritim Lahad Datu turut melaksanakan pelbagai latihan dan operasi mencari serta menyelamat (SAR) bersama agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan bagi memastikan tahap kecekapan yang lebih tinggi dalam menghadapi sebarang kecemasan maritim

Dalam majlis itu pihak maritim juga menyampaikan sumbangan bantuan persekolahan kepada anak-anak komuniti maritim di kawasan tersebut sebagai inisiatif memperkukuhkan hubungan masyarakat dengan Maritim Malaysia.

Sempena Ulangtahun ke 20,APMM turut mengadakan Majlis bacaan Yassin & Tahlil.