79 RIBU ROKOK BERNILAI RM94 RIBU DIRAMPAS

Oleh: Syarmillah Salleh

SANDAKAN, 2 Sept –Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sandakan merampas 79,000 batang rokok tidak bercukai yang bernilai kira-kira RM94,000.

Serbuan ke atas sebuah rumah atas air di Kampung Combo Laut di sini semalam dipercayai dijadikan stor penyimpanan rokok srludup.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohd Nazri Ibrahim berkata, operasi dijalankan sekitar jam 3.05 petang selepas risikan mengesan kediaman berkenaan digunakan sebagai tempat penyimpanan rokok seludup.

“Hasil pemeriksaan menemukan sebanyak 79,000 batang rokok pelbagai jenama dengan nilai rampasan dianggarkan RM94,800. Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk penyeludupan yang menjejaskan ekonomi negara serta kesejahteraan masyarakat.

“PPM Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat orang awam bagi membantu membanteras aktiviti penyeludupan di kawasan perairan,” katanya.

TAMAT