LORI TANGKI MINYAK TERBAKAR DI JALAN SULAMAN.

sabahheadlines
2 Min Read

sh@ Syarmila Salleh

KOTA KINABALU: 20 Jun – Sebuah lori tangki membawa muatan 27,000 liter diesel dan petrol milik Syarikat Kotamas Oil Sdn. Bhd. terbakar dalam satu kejadian di Jalan Bertingkat Sulaman, berhadapan Taman Indah Permai, malam kelmarin

Menurut Komander Operasi, PBK I Mohd. Zulfadli Bin Usman, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sabah menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS999 pada jam 11:31 malam.

Jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu tiba di lokasi 18 minit kemudian, kira-kira 13 kilometer dari balai.

Kebakaran melibatkan kira-kira 30 peratus bahagian lori tangki berkenaan.

Operasi pemadaman dijalankan oleh 30 anggota dari BBP Kota Kinabalu dan BBP Lintas, menggunakan dua aliran 200 kaki, satu aliran hos reel, serta empat gelen buih pemadam (foam).

Bantuan jentera terdiri daripada dua FRT, satu W.Tanker, satu RIM, satu EMRS dan dua kenderaan utiliti jenis VIGO.

Pasukan bomba turut menggunakan thermal image camera untuk memantau suhu dalaman tangki bagi mengelakkan risiko letupan.

Setelah suhu tangki disahkan stabil dan selamat, baki minyak kemudiannya dipindahkan ke lori tangki lain oleh kakitangan syarikat dengan pemantauan ketat anggota bomba.

Operasi berjaya dikawal pada jam 12:06 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 3:40 pagi tanpa sebarang mangsa atau kecederaan dilaporkan.

Turut berada di lokasi ialah Pegawai Kanan Ibu Pejabat JBPM Sabah, PPgB Mohd Hasbi Bin Hajat dan PB Muhammad Yusri Bin Abdullah serta Pegawai Siasatan Zon, PPgB Badree Yansun.

Bantuan turut diberikan oleh 5 anggota PDRM dan 15 wakil dari syarikat Kotamas Oil.

Tamat

Share This Article