KOTA KINABALU: 9 April – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah menerima Kunjungan Hormat daripada Timbalan Menteri Luar Negeri Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Arif Havas Oegroseno di Menara Kinabalu pada Rabu.
Memetik kenyataan di laman sewang Ketua Menteri itu, berkata pertemuan itu bukan sekadar sesi diplomasi tetapi juga kesempatan untuk memperkukuh hubungan baik antara dua jiran serumpun.
“Kami membincangkan pelbagai perkara termasuk isu keselamatan perbatasan serta potensi kerjasama ekonomi dan perdagangan antara Sabah dan Indonesia,”katanya
Tamat
