Jalan Sehala dibuka Kepada Penguna Jalan Raya – Vivian Wong

sabahheadlines
1 Min Read
Vivian meninjau kawasan runtuhan di jalan Sim-Sim.

Oleh: Jalie Mohamad

SANDAKAN : Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee berkata jalan raya sehala Sim-Sim kini boleh dilalui oleh penguna selepas dibuka kepada orang awam.

“Perbincangan telah diadakan bersama PDRM, Polis Trafik serta konsesi JKR berkenaan kejadian runtuh bongkah besar di kawasan Sim-Sim. Setelah perbincangan dan penilaian yang teliti, jalan sehala telah dibuka untuk pengguna jalan raya,”katanya selepas meninjau jalan utama yang terputus akibat kejadian runtuhan di bukit berkenaan baru-baru ini.

Bagaimanapun beliau mengingatkan semua pengguna jalan raya untuk memandu dengan cermat dan menghindari sebarang kelajuan berlebihan kerana pihak JKR masih lagi memantau pergerakan batu-batu yang masih ada di kawasan tersebut.

Katanya penguna harus mengutamakan keselamatan dan berharap semua pengguna jalan raya dapat pandu cermat dan selamat.

Tamat

Share This Article