ESSCOM TERIMA KUNJUNGAN HORMAT KETUA PEJABAT IMIGRESEN LAHAD DATU

sabahheadlines
1 Min Read

LAHAD DATU, 3 November – Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), DCP Datuk Victor B. Sanjos menerima kunjungan hormat Ketua Pejabat Imigresen Lahad Datu, KTPP Noorjamri bin Jamal di Pejabat ESSCOM, di sini kelmarin.

Kunjungan tersebut menjadi platform bagi kedua-dua pihak berkongsi maklumat berkaitan isu-isu semasa serta bertukar-tukar pandangan mengenai usaha memperkukuh inisiatif keselamatan dan penguatkuasaan di kawasan sempadan maritim dan darat Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).

Pertemuan itu turut mencerminkan komitmen berterusan ESSCOM dan Jabatan Imigresen Malaysia dalam mempererat kerjasama strategik khususnya bagi memastikan keselamatan dan kawalan di kawasan ESS Zone terus diperkasakan.

Hadir sama ialah pegawai-pegawai kanan ESSCOM dan Pejabat Imigresen Lahad Datu.

Share This Article