GEMPA BUMI LEMAH GEGARKAN RANAU

sabahheadlines
1 Min Read

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.5 berlaku di Panginatan, Ranau, Sabah pada jam 10.57 pagi, Sabtu.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan pusat gempa itu terletak pada koordinat 5.9 darjah Utara dan 116.7 darjah Timur.

Anda mungkin berminat pada artikel ini
Gempa bumi magnitud 4.9 gegar timur Jepun termasuk Tokyo, tiada ancaman tsunami
MetMalaysia pantau gempa bumi Sabah melalui 28 stesen seismik
Gempa bumi magnitud 5.2 landa Papua New Guinea
Episenter gempa berkenaan berada kira-kira 14 kilometer ke selatan bandar Ranau pada kedalaman 13 kilometer.

Gegaran akibat gempa bumi itu turut dirasai oleh sebahagian penduduk di sekitar Ranau dan beberapa kawasan berhampiran.

Bagaimanapun, tiada amaran ancaman tsunami dikeluarkan susulan gempa bumi berkenaan.

Menurut MetMalaysia, agensi itu akan terus memantau keadaan dengan rapi dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan orang ramai.

Share This Article