SANDAKAN ,20 APRIL-Bantuan yang diberikan oleh kerajaan adalah untuk semua mangsa kebakaran Kampung Bahagia.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, kerajaan memberikan bantuan itu untuk semua mangsa.
“Saya difahamkan 70 peratus mangsa yang terlibat dalam kebakaran adalah bukan warganegara …hanya 30 peratus warganegara.
” Tetapi kita memutuskan untuk membantu semua mangsa,” katanya kepada media di sini hari ini.
Hajiji ditemui selepas melawat mangsa kebakaran Kampung Bahagia Batu Sapi.
Ketua menteri berkata, bantuan yang diberikan ketika ini merupakan bantuan peringkat awal.
“Bantuan berjumlah RM2,000 di mana RM1,000 daripada Kerajaan Negeri dan RM1,000 lagi daripada Kerajaan Persekutuan,” katanya.
Menurutnya, kerajaan amat bersimpati dengan mangsa kebakaran itu dan berharap bantuan yang diberikan dapat meringgankan mereka.
“Saya difahamkan hampir 1,000 rumah terlibat dan ini merupakan kebakaran yang besar,”katanya lagi.
