Oleh: Syarmillah Salleh
KOTA MARUDU, (6 Sept) 2025 β Tokoh pelbagai bidang, Datuk Dr. Maijol Mahap, terus membuktikan komitmennya dalam pembangunan sukan, undang-undang dan politik apabila kembali memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Badminton Sabah pada tahun 2024, di samping menyandang jawatan sebagai Naib Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
beliau merupakan seorang peguam yang berpengalaman dan rakan kongsi di firma guaman Mahap Jelani & Co.
Beliau menerima pendidikan undang-undang di United Kingdom dan merupakan seorang Barrister di Lincolnβs Inn, salah satu institusi guaman paling berprestij di dunia.
Penglibatan aktif Maijol dalam pelbagai lapangan menjadikan beliau contoh tokoh kepimpinan holistik seorang profesional dalam bidang guaman, pemimpin politik berprinsip dan pencinta sukan yang berdedikasi.
TAMAT

