UMNO Sabah Menggunakan Cara Kerja Yang Berbeza Dalam Memperkuatkan Jentera Dalam Menghadapi PRN Sabah Nanti

SABAH HEADLINES -SYARMILAH SALLEH

6 MAC 2025

KALABAKAN: UMNO Sabah menggunakan cara kerja berbeza dalam memperkuatkan jentera kali ini untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah nanti.

Pengarah Jentera Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffrey Nor Mohamed mengakui gerak kerja pada kali ini banyak menggunakan kaedah baru yang lebih sistematik dan berkesan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan sumbangan Program Felcra Madani dan berbuka puasa dengan penduduk di Felda Umas Tawau.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putatan yakin tahap kesiapsiagaan UMNO Sabah juga kini amat memuaskan dan bersedia untuk bertanding dengan mana-mana parti pada PRN Sabah nanti.

“Apa yang saya lihat kali ini, jentera-nya agak berbeza sedikit. Cara bekerja itu sudah berbeza sedikit daripada yang lalu.

‘Banyak benda baru yang telah kami adaptasikan dalam pergerakan jentera. Dan saya melihat secara keseluruhannya, insyaAllah kita sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya negeri ini…,katanya.

Turut hadir dalam program itu ialah Penyelaras UMNO Sebatik, Hady Syam Nuredin.