HAJIJI BERTEMU SUKARELAWAN KEMANUSIAN SUMUD FLOTILLA DARI SABAH

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor hari ini meluangkan masa bertemu dengan Sul Aidil Sudi, salah seorang peserta dari Sabah yang menyertai kontinjen Malaysia dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza awal bulan ini.

“Saya bersyukur kamu dan rakan-rakan selamat kembali,” kata Hajiji kepada Sul yang berasal dari Tawau ketika pertemuan mereka semasa makan tengah hari di Sri Gaya hari ini.

Sul ditemani Khairul Azlee Mohd Yunus dari Sandakan, yang merupakan sebahagian daripada kru darat GSF Malaysia di Sepanyol.

Tamat