SAKSI PERLU BERANI TAMPIL -PEGUAM

KOTA KINABALU (18 OGOS): Saksi yang mempunyai maklumat tentang kejadian yang menimpa Allyarhamah Zara Qairina Mahathir agar tampil dan tidak merasa takut.

Peguam keluarga Allyarhamah Zara Qairina, Hamid Ismail berkata mereka boleh bertemu dengan mereka sekiranya takut dengan pihak polis.

“Ibu Allyarhamah Zara Qairina memohon agar semua saksi yang ada terutamanya pelajar agar jangan takut untuk tampilkan diri,” katanya kepada media di sini hari ini.

Hamid bersama pasukannya hadir di Mahkamah Kota Kinabalu bagi mengikuti sebutan inkues Allyarhamah Zara Qairina di Mahkamah Koroner.

Mengenai kemungkinan saksi takut dengan nietzen, Hamid meminta agar tiktokers tidak menakut-nakutkan saksi itu.

Katanya dia ada bertemu dengan seorang individu yang menyatakan tentang perkara tersebut.

“Saya galakkan mereka berjumpa dengan polis ataupun saya …saya meminta tiktokers agar tidak menakut-nakutkan saksi dengan berita palsu.

“Kita mahukan keadilan dan dalam menuntut keadilan itu janganlah kita memfitnah, mengugut-ugut orang,” katanya lag.

Dalam pada itu Hamid memberitahu bahawa ibu Allyarhamah Zara Qairina merasa gembila apabila Perdana Menteri memberi jaminan bahawa tiada orang akan terlepas daripada tindakan dan dakwaan.

Ditanya soalan lain, Hamid meminta agar himpunan soldariti Zara Qairina tidak dijadikan sebagai pentas politik.

“Solidariti ini adalah untuk Zara dan bukan untuk mana-mana parti politik ” katanya.

Hamid berkata penganjur perlu menolak mana-mana ahli politik yang mahu berucap pada perhimpunan itu.

“Bagi mereka yang mahu bersolidariti, saya dan pasukan saya amat menyokong cuma patuhi undang-undang, peraturan dan jagalah kebersihan di lokasi himpunan yang diadakan,” katanya.

Hamid berkata tsunami solidariti Justice For Zara itu tidak akan berlaku sekiranya tiada kecuaian berlaku pada peringkat awal siasatan.

Tamat