PERTUDUHAN DI MAHKAMAH MAJISTRET LAHAD DATU – KES BUANG BAYI

sh@ Syarmilah Salleh

LAHAD DATU,: 23 Julai– Seorang wanita tempatan, Nurfazilah binti Jaafar Sidik, berusia 24 tahun, didakwa di Mahkamah Majistret Lahad Datu hari ini berhubung insiden membuang bayi pada 18 Julai lalu.

Tertuduh telah didakwa di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan, iaitu kerana membuang bayi dengan niat untuk membuangnya secara kekal. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tujuh (7) tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Prosiding sebutan tuduhan dijalankan di hadapan Majistret Tuan Nur Asryaf bin Zolhani.
Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 9 September 2025 bagi menunggu keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).Tiada sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Kes ini berkaitan penemuan seorang bayi lelaki yang masih hidup dan telah ditinggalkan di hadapan sebuah rumah di Kampung Burung, Jalan Bakawali, Lahad Datu sekitar jam 3.00 pagi pada 18 Julai 2025.

Tamat