BEAUFORT (23 OKTOBER): Persefahaman parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Klias dibina dengan kemesraan dan erat.
Timbalan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Haji Mohd Jali Nordin berkata kemesraan dan erat itu membolehkan parti komponen GRS mampu mengelak adanya pertindihan dalam menggerakkan jentera pilihan raya masing-masing.
“Kami mengamalkan budaya hormat-menghormati, perbincangan dan mengelak daripada ketiadaan kesepakatan,” katanya di sini hari ini.
Katanya, slogan Rumah Kita, Kita Jaga dilakukan mengikut cara masing-masing menerusi jentera pilihan raya yang dibentuk.
Biarpun cara berbeza, katanya, matlamatnya tetap satu iaitu memastikan kerusi DUN Klias kekal dimenangi oleh GRS.
“DUN Klias adalah kubu kuat GRS dan setiap parti komponen tahu perkara itu dan kita akan pastikan ianya berterusan serta kekal.
Jika ada masalah yang timbul, ianya diselesaikan dengan cara yang baik menerusi perbincangan,” katanya lagi.
Tamat

