OLEH: SANTE SANELAWA VILLIAMON @ editor Sabahheadlines
Dengan tema “Bahasa, Sastera dan Budaya untuk Kedamaian” telah menarik kehadiran golongan penulis, pengiat budaya dan artis daripada 24 buah negara yang berkampung di Kota Padang Sumatera Barat dalam meraikan kesamaan dalam penganjuran International Minangkabau Literacy Festival (IMLF-3), yang berlangsung selama 5 hari dari 8hb – 12 Mei 2025.
Apa yang menarik mengenai penganjuran IMLF-3 ini, adalah pada akar budaya bangsa di Nusantara ini. Tidak ada bangunan mencakar langit, sebaliknya menawarkan banyak literasi identiti budaya yang perlu dipertahankan di tengah harus kemodenan.
Dalam konteks literasi ia mencakupi pemahaman tentang adat istiadat bahasa, budaya dan kesenian gaya masyarakatnya.
Yang ada adalah peninggalan sejarah yang masih utuh dan memelihara ketuanan orang lama samada daripada hasil tulisan, seni khat, artifak dan dari cerita rakyat yang masih segar hingga ke hari ini.
Kali pertama menyertai IMLF, suatu pengalaman indah yang boleh dikongsi oleh masyarakat Sabah yang juga kaya dengan budaya bangsanya sendiri.
Hanya sejam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Padang melalui lapangan terbang Minangkabau. Ketibaan kami disambut oleh Uni dan Uda panggilan bagi perempuan dan lelaki. Kami dihadiahkan sebuah tangkaluak iaitu tangkuluk bagi nama melayu di negara kita.
Uni Yola, yang menjadi pengiring atau juru bahasa bagi delegasi luar tiba awal pagi kira-kira 9 pagi Sumatera Barat, telah menerangkan perihal program sementara menunggu masa ke penginapan peserta di Hotel Mariani International, kami telah di bawah menyelusuri beberapa lokasi pelancongan menarik di Kota Padang.
Laporan lanjut mengenai destinasi pelancongan unggul di Kota Padang, Kota Tinggi dan Padang Panjang akan menyusul kemudian dalam rencana mengenai Pelancongan dan Budaya.
Kembali kepada penganjuran IMLF kali ketiga yang disifatkan berjaya menarik pencinta seni budaya datang ke Sumatera Barat. Ramai yang bertanya mengapa Kota Padang tidak ditelan harus kemodenan, dalam erti lain masih kukuh dan teguh dengan nilai Khazanah warisan budaya lama.
Bagaimana budaya masyarakat Minangkabau itu sendiri melangkaui zaman moden. Apa tidaknya, bukan saja bukti nyata yang terpelihara dan dipulihara tetapi simbol budaya itu terus terjamin oleh pemerintah Kerajaannya.
Menyusuri naskah cerita lagenda yang terdapat di Kota Padang. Nama wanita pencetus kekuatan dari kisah lagenda “Siti Nurbaya” dan Mitos lagenda Malin Kundang yang mempunyai versi Nusantara. Di Malaysia, cerita Malin Kudang adalah cerita Si Tanggang yang durhaka. Kisah Siti Nurbaya pula mirip kisah percintaan antara “Lela dan Majnun”
Belum lagi kisah dijajah Belanda selama 350 tahun, kependudukan jepun. Saya dapat membayangkan bahawa masyarakat tidak menaggungkan tinggalan penjaja sebaliknya teguh dengan pendirian mengangkat nama-nama pejuang bangsa dari pelusuk desa ke kota diangkat menjadi simbol keangungan bangsa yang akhirnya dari Kota Padang ke Padang Panjang dan Kota Tinggi yang kaya dengan budaya bangsanya.
Bagaimana mereka mencipta semua ini di era moden. Sudah tentu pemerintah atau Kerajaan bersungguh-sungguh menjaga dan memulihara Khazanah yang berharga ini dalam pelbagai cerita termasuklah program penganjuran Festival ini.
Begitulah disebaliknya gagahnya penganjuran yang disertai 24 negara ini, IMLF-3 yang membuktikan dunia cintakan keamanan dan kedamaian nyata.
HARI pertama Festival, delegasi berhimpun di Dewan Komuniti Bagindo Aziz Chan bagi acara bebas dan sebahagian lagi anggota delegasi ke sekolah bagi bengkel dan talk show. Wawancara di TV Padang bersama tokoh dan pembentang.
Pada sebelah malam, delegasi telah dijamu oleh pemerintah Provinsi Sumatera Barat, Gabenor Mehyeldi di kediamannya di Istana Kota Padang. Majlis diserikan dengan penyampaian Anugerah IMLF dan persembahan artis tempatan dan baca puisi dari delegasi.
Hari kedua, program sangat padat dari seminar literasi bahasa, kesusteraan dan budaya untuk kedamaian yang dirasmikan oleh Menteri Pendidikan dan Budaya, Ganjar K Wijaya.
Seminar sehari itu, menampilkan penyampai dari negara-negara yang menyertai ILMF-3 antaranya Neshe Yashin (Cyprus), Dr. Mark Macleod (Australia), Christine Chen (New Zealand), Lana Derkac Slat (Croatia), Alexs Bernaut (France), Sonja Manojlovic (Coratia), Yashuhiro Yotsumoto (Japan) dan Dr. Rina Marnita AS, M.A (Indonesia) dan Soni Drestiana sebagai moderator.
Sebelah petang, pelancaran buku penulis yang dirasmikan oleh Duta Mr.Albusyra Basnur. Dua penulis dari Sabah Kathirina Susanna Tati dan Dayangku Mastura antara penulis yang turut memperkenalkan karya yang bertajuk Melukis Rindu mereka yang telah diterbitkan menerusi Antologi Cerpen Nusantara sempena pengisian program.
Pada sebelah malam, Jamuan BEJAMBA iaitu makan malam beradat. Kesemua delegasi dan tetamu duduk bersila. Yang menarik peserta dari barat turut menyertai jamuan bejamba sambil diserikan dengan persembahan seni dari artis tempatan dan bacaan puisi.
Satu lagi seminar yang bertajuk “Literature Can Heal Language and Poetry Can Heal yang dihadiri kira-kira 1000 orang golongan pendidik bahasa English dan Melayu Sumatera Barat.
Antara pembentang seminar itu, Dr. Saleh Rahamad dari Malaysia, diikuti Ahmad Zaabar (Tunisa), Alexandra Nicod Rickenbacher (Switzerland), Dr. Victor Apagadev (Rusia), Dr. Mark Macleod (Australia), Okky Madasari Ph.D (Indonesia), Dr. Sudipta Chatterjee (India) dan Dr Leni Marlina sebagai Moderator dari Indonesia.
Pada masa yang sama, satu pertunjukkan memasak yang diketuai oleh Chef Liza dari Malaysia, Persatuan Mawar Lestari (Malaysia) dan Aminur Rahman memasak menu Bangladesh.
Hari terakhir festival delegasi berkunjung ke daerah Bukit Tinggi kira-kira 2 jam lebih untuk tiba bagi sidang kemuncak perbincangan mengenai tajuk festival kali ini. Perbincangan diadakan di Perpustakaan Bung Hatta.
Tajuk cukup menarik dimana wakil setiap negara membincangkan bagaimana keadamaian dikecapi dan negara bebas dari cengkaman anasir luar termasuk konflik dalaman. Rata-rata bersetuju bahawa melalui hubungan dua hala dan pengelibatan penulis dan pengiat seni terutama penyair mampu mendidik dan menyebar kedamaian.
Perbincangan dipengerusikan oleh Dr.Sastri Sweeney yang juga Pengerusi Penganjur Program IMLF-3.
Tamat.


