PENDUDUK KG DAGAT AKHIRNYA MEMILIKI TANAH SENDIRI

SUKAU (5November): Penantian selama tiga puluh tahun penduduk Kampung Tidung II dan Kampung Dagat untuk memiliki tanah sendiri akhirnya berakhir.

Seramai 56 orang menerima permit Tanah Anak Negeri Daerah Kecil Sukau.

Majlis penyerahan permit tanah kepada penduduk kedua-dua kampung itu telah diserahkan oleh Ketua Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Sukau, Datuk Juhari Hj. Janan.

Turut hadir OKK Tuan Ramsah Bin Jakaria, Ketua DaerahSukau serta rombongan Bahagian GRS Sukau.

Penyerahan permit tanag itumembuktikan bahawa, Kerajaan GRS yang dipimpin oleh Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor tidak pernah gagal dalam mentadbir urus kerajaan selama ini.

Tamat