MANGSA BANJIR KAMPUNG DALIT STATION DIPINDAHKAN KE DEWAN MOSOLOK

OLEH: SYARMILAH SALLEH

SOOK: 1 Mei – Daerah Sook hari ini diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan lebat berterusan di daerah Itu sejak semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Puan Caroline Benjamin Jiungan mengisytiharkan bencana di daerah pada jam 10.30 pagi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pagi khamis.

Susulan daripada itu pembukaan pusat pemindahan sementara telah dibuka di Balai Raya Kampung Molosok Dalit.

Katanya, pusat pemindahan sementara dibuka bermula pada jam 10:30 pagi.

Sementara itu pada sekitar jam 10.00 pagi beberapa penduduk Kampung Dalit Station yang terperangkap dalam banjir berjaya dibawa keluar oleh sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam( APM) dan ditempatkan di dewan tersebut.

TAMAT