sh@ Syarmillah Salleh
Lahad Datu, 31 Ogos – Tiga pasangan dicekup oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam malam tadi.
Ketiga-tiga pasangan itu termasuk seorang lelaki berstatus suami orang bersama pasangannya seorang janda dicekup menerusi Ops Bersepadu semoena sambutan malam kemerdekaan.
Operasi bersepadu itu dijalankan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen yanh melakukan pemeriksaan di 10 hotel sekitar daerah ini, dengan lebih 60 bilik diperiksa.
Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Lahad Datu, Ustaz Mardi Ariffin berkata, pihaknya turut merampas beberapa barang seperti kondom, tisu magik dan cecair pelincir.
“Kesemua mereka ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 84 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah No. 3/1995 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM2,000 atau penjara selama setahun, jika sabit kesalahan,” katanya.
Semua suspek kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk siasatan lanjut.
TAMAT

