sh@ editor
KOTA KINABALU (11 OGOS): Kerajaan Negeri akan mengadakan majlis tahlil dan doa untuk kesejahteraan Allyarhamah Zara Qairina Mahathir 14 Ogos ini.
Majlis itu bakal diadakan di Masjid Bandaraya di sini dengan dipimpin oleh Shaibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri.
Exco Pendidikan dan Agama, Datuk Dr Haji Mohd Arifin Datuk Haji Arif dalam kenyataannya hari ini berkata majlis itu diadakan selepas solat maghrib.
Beliau berkata majlis itu akan diadakan serentak di seluruh masjid dan surau di negeri ini.
“Saya telah mengarahkan pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah untuk menyelaras majlis itu,” katanya.
Tamat

