KPWKM MENYANTUNI PESAKIT KRONIK MENERUSI ZIARAH KEMBARA KASIH DI KAMPUNG DAMAI

LAHAD DATU: 22 Mei – Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU), Operasi Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga Dan masyarakat (KPWKM) Farah Adura menyantuni Ridzuan Bin Amri, penerima bantuan penjagaan OKU/ pesakit Kronik Terlantar di Kampung Damai di sini menerusi program Ziarah Kembara Kasih KPWKM pada pagi khamis.

Ridzuan Bin Amri,terlantar sakit kesan daripada pendarahan otak sejak September 2024 dan perlu menggunakan rules tube yang perlu ditukar dua minggu sekali.

Rombongan ziarah kembara kasih itu turut disertai Datuk Mizma binti Appehdullah,Ketua Gagasan Rakyat Bahagian DUN Silam merangkap Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) Segama, Nordina binti Harun,Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan Shairol bin Sari,Pegawai Jabatan Kebajikan Am Lahad Datu.

Rombongan itu menyampaikan bakul makanan,kit kesihatan dan wang tunai.

TAMAT