Oleh: Aleeya Villiamon
SANDAKAN: Kerajaan GRS PH Plus akan mengadakan mesyuarat bagi menentukan ‘patner’ pada pilihan raya akan datang.
Ketua Menteri, Datuk Seri Penglima Hajiji Haji Nor berkata mesyuarat itu akan dibuat dalam tempoh yang terdekat.
Bagaimanapun, beliau memberitahu bahawa tarikh dan masa mesyuarat itu masih belum ditentukan.
“Kerajaan hari ini adalah Kerajaan GRS PH Plus dan kami perlu berbincang untuk menentukan siapa patner kami.
“Kita tidak tutup pintu untuk mereka yang mahu bekerjasama tetapi ianya perlu dibincang,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Gagasan Rakyat Sungai Sibuga yang dipengerusikan oleh Datuk Amirshah Yaakob selaku Ketua Bahagian di dewan Sri Libaran pada Sabtu
Terdahulu Ketua Menteri bersama kira-kira 3 ribu orang yang hadir pada majlis rumah terbuka anjuran Gagasan Sungai Manila itu turut dihadiri oleh Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Haji Arifin Haji Arif, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan , Datuk Isnin Haji Aliasnih, Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong, Adun Karamunting, Datuk George Hiew, Senator Anabell Perian dan para pemimpin setempat.
Tamat

Ketua Menteri menyampaikan sumbangan kepada penerima sumbangan Hari Raya pada majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri Gagasan Rakyat Sungai Sibuga.

