KOTA KINABALU (18 OGOS): Jumlah saksi yang akan dipanggil bagi kes Zara Qairina Mahathir akan ditentukan oleh Jabatan Peguam Negara.
Peguam Hamid Ismail yang mewakili keluarga Allyarhamah Zara Qairina berkata seramai 195 saksi dalam tersebut tapi jumlahnya akan ditentukan kemudian.
“..memberi peluang kepada Jabatan Peguam Negara untuk menyusun saksi-saksi ini mana yang relevan mana yang tidak relevan,” katanya kepada media di sini hari ini.
Hamid bersama rakan peguam yang lain termasuklah Shahlan Jufri berada di Mahkamah Kota Kinabalu bagi mengikuti inkues yang dikemukakan kepada mahkamah hari ini.
Hamid juga memberitahu bahawa mereka (peguam yang mewakili keluarga) untuk turut menyoal bagi membantu pendakwaan.
Katanya pihaknya telah diarahkan untuk failkan permohonan secara rasmi “dan kami akan memfailkannya dalam minggu ini.”
Beliau berkata status mereka pada ketika ini sebagai ‘watching brief” dan ianya akan berubah apabila permohonan diluluskan status itu akan berubah sebagai pihak ‘interested .”
Hamid juga memberitahu pihaknya turut memohon agar semua dokumen yang ada dengan Jabatan Peguam Negara untuk diberikan kepada mereka yang dijadikan bukti dalam kes tersebut.
DItanya siapa-siapa saksi tersebut, Hamid berkata ianya saksi yang dipanggil oleh pihak polis.
“…yang daripada guru hinggalah kepada pelajar,” katanya.
Mengenai jumlah saksi, Hamid berkata jumlah itu kemungkinan akan dikurangkan.
Ditanya sama ada saksi dikurangkan kepada 100 orang, Hamid berkata: “Saya tidak tahu ianya bidang kuasa Jabatan Peguam Negara.”
Sebelum itu Hamid berkata sebutan inkues di hadaoan Hakim Koroner Puan Wan Azhrina Aziz berjalan dengan lancar.
Katanya sebutan akan bermula pada 3 September.
Tamat

